loveMALAYSIA

Sedar atau tidak, negara kita dicemburui oleh banyak negara luar diatas kemajuan pesat yang dialami oleh negara... sedar atau tidak juga, banyak laman web, blog, forum diwujudkan untuk menghina negara terutamanya oleh rakyat Indonesia...

Ditambah pula dengan ketegangan di perairan blok Ambalat serta beberapa insiden sebelum ini termasuk Lagu Rasa Sayang dan beberapa lagi isu budaya dan pemilikan seni warisan bersama... hubungan 2 negara serumpun menjadi sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan...

Media-media indonesia juga selalu memprovokasi rakyatnya dengan berita-berita yang boleh di sangkal... terutama menyiarkan isu rumah tangga Putera Diraja Kelantan dan isterinya Manohara Odelia Pinot yang kebenarannya masih samar-samar....

Bukan itu sahaja, hasil provokasi media-media indonesia telah menyebabkan berlakunya Demonstrasi dan Tunjuk Perasaan Anti Malaysia di beberapa tempat di Indonesia. bukan itu sahaja, malah Bendera kebanggaan negara, Jalur Gemilang turut dibakar.

Beberapa laman web, blog dan forum dari Malaysia diserang bertubi2 oleh hackers Indonesia dan web seperti www.malingsia.com diwujudkan untuk memburuk-burukkan Malaysia... Bukan itu sahaja, forum Malaysia seperti http://www.topix.com/forum/world/malaysia/ turut diceroboh oleh forumers Indonesia dan terus-terusan menghina Malaysia.

Apa yang dikesalkan adalah, mereka juga menghina Jalur Gemilang dan membuat tuduhan melulu bahawa Jalur Gemilang adalah hasil ciplakan Bendera U.S.A padahal Bendera Indonesia sendiri adalah sama dari segi warna dan rekaan 100% dengan Bendera Monaco!

Begitu juga dengan Lagu Negaraku... dikatakan telah di ciplak daripada lagu Terang Bulan... padahal lagu Mamula Moon daripada Hawaii yang telah mempengruhi melodi lagu Negaraku.

Apa-apapun... terpulanglah pada rakyat Malaysia untuk menilai sendiri apa-apa provokasi yang dilemparkan oleh Media Indonesia. Saya pasti rakyat Malaysia tidak mudah di provokasi....

Gemilang Malysia


p.s/ syabas kepada bloggers & forumers Malaysia yang berjaya menyangkal dakwaan bodoh Indonesia...

0 comments: