The Perak's Political Crisis

My first serious entry perhaps?

Bila asyik selalu diperkatakan tentang krisis politik/perlembagaan Perak oleh media massa, x kira lah media arus perdana ataupun media "indie", I'm sure that most of Malaysians macam dah jelik with the politicians, and of course the political party itself...

Its all about the perebutan kuasa... I just hate it actually.... please stop it.... we are now in the difficult state of world economy.... focus on the Rakyat please!

Btw.... back to the case.... today it is believed that the Appeal Court will deliver its judgment bout the position of perak's menteri besar...

Btw, tetibe teringat class Prof. Shad Saleem Faruqi & Mr. Nazim Ganti Shaari time degree kat FoL UiTM... Class Constitutional Law I & II....

So regarding the case teringat plak kat satu case yang kat Sarawak dulu tu...

STEPHEN KALONG NINGKAN.

Dalam kes ini, the court hd decided that satu-satunya cara seseorang Ketua Menteri (di Sarawak) hilang kepercayaan adalah dengan vote of no confidence ‘undi ketidakpercayaan’ di dalam Dewan Undangan.

Di dalam kes Ningkan, ianya telah membezakan (distinguished) kes Adegbenro v Akintola atas lima (5) sebab iaitu:

(a) Kes Akintola jelas, dari segi matematik, bahawa lebih daripada separuh ‘House’ di Nigeria tidak lagi menyokong ‘Premier’;

(b) Kes Akintola mengunakan perkataan ‘support’ manakala kes Ningkan, ianya menggunakan perkataan ‘confidence’, dan ‘confidence’ disini adalah ‘term of art’, justeru itu ianya mengkehendaki ‘undi kepercayaan’;

(c) Di Nigeria, jelas Gabenor mempunyai kuasa tersurat untuk memecat ‘Primier’ jika beliau tidak lagi mempunyai kepercayaan;

(d) Di Nigeria, Gabenor mempunyai kuasa untuk menganalisa situasi ‘as it appeared to him’; dan

(e) Di Nigeria, semua Menteri (termasuk ‘Premier’) memegang jawatan selama diperkenankan ‘at the Gabenor’s pleasure’.

So atas sebab-sebab fakta adalah serupa di dalam kes Nizar v Zambry dengan kes Ningkan, maka kes Ningkan adalah terpakai dan masih lagi merupakan ‘good law’.

Tapi dalam masa yang sama kita perlu ingat bahawa kes Ningkan adalah diperingkat Mahkamah Tinggi, oleh itu, Mahkamah Rayuan tidak terikat. Tetapi, kes Akintola adalah kes ‘privy council’, iaitu sama tingginya seperti di House of Lords di England

Btw... LAW is too subjective.... It's a matter of the interpretation...

Sama-samalah kita nantikan keputusan Mahkamah Rayuan petang ini...

----updates on 23/05/2009----
PUTRAJAYA, 22 Mei - Tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Datuk Md Raus Shariff, bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop, petang ini sebulat suara memberikan keputusan memihak kepada rayuan Dr. Zambry untuk ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada 11 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.
Hakim Datuk Md Raus Shariff memberikan alasan benarkan permohonan Dr. Zambry bahawa kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah hak mutlak Sultan Perak.
Perkara 16.6 Undang-undang Tubuh Negeri Perak jelas menyatakan bahawa jika Sultan tidak memberi perkenan pembubaran DUN maka Nizar mesti meletakkan jawatan dan tiada peruntukan yang memerlukan supaya undi tidak percaya dibuat dalam DUN bagi gugurkan Menteri Besar.
Dengan ini, bermakna Dr Zambry terus kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

0 comments: